Keganasan rumah tangga: Dapatkan bantuan sebelum nyawa jadi taruhan - Utusan Malaysia

Keganasan rumah tangga: Dapatkan bantuan sebelum nyawa jadi taruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELUM reda isu kanak-kanak didera, timbul lagi kitaran kes keganasan rumahtangga di mana seorang isteri 24 tahun putus pergelangan tangan akibat ditetak suaminya dalam kejadian 12 Ogos 2018 di Bayan Lepas.

wanita tetak
KEADAAN wanita yang putus pergelangan tangan ditetak suaminya yang cemburu dalam kejadian di Flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas, Pulau Pinang, baru-baru ini..
 

Semuanya berlaku gara-gara cemburu dengan si suami mengaku menetak tangan isterinya menggunakan sebilah pisau. Suspek juga dikatakan mempunyai empat rekod jenayah termasuk berkaitan dadah.

Kes yang menyebabkan kecederaan parah seperti ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keganasan rumahtangga yang lebih ganas telahpun berlaku pada 8 Mac tahun ini juga di mana isteri diseret dan ditetak berulang kali oleh suaminya menggunakan parang panjang dan dibiarkan menahan kesakitan selama empat jam sebelum dihantar ke

hospital.

Akibatnya, R. Komathi, 42 tahun, di rawat di zon merah akibat kecederaan parah di bahagian kepala, pergelangan tangan sebelah kiri, kedua-dua kaki dan belakang badan. Kes seumpama ini merupakan cubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun

Keseksaan.

Keganasan rumahtangga mencakupi beberapa elemen iaitu perbuatan sengaja meletakkan mangsa dalam ketakutan, mencederakan secara fizikal, memaksa atau mengancam melakukan perbuatan seksual, mengurung atau menahan tanpa kerelaan dan

perbuatan khianat serta merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan.

Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan banyak lagi pertubuhan yang sentiasa sanggup membantu mangsa keganasan rumahtangga selain daripada bantuan dari segi undang-undang. Mangsa keganasan

rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya kepada:

1. Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan

Masyarakat Daerah / Jajahan yang berhampiran

2. Menghubungi Talian Kasih 15999

3. Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan Bantuan undang-undang juga disediakan seperti Perintah Perlindungan Kecemasan (Emergency Protection Order) (EPO).

EPO adalah suatu perintah yang boleh dimohon leh mangsa pada bila-bila masa dan terpakai dalam perenggan (a) atau (b) takrif

keganasan rumahtangga di bawah seksyen 2, Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta

521) iaitu:

(a) secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan, mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal; atau (b) menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan

yang diketahui akan menyebabkan kecederaan fizikal.

Menurut seksyen 3A(3) Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) boleh dimohon secara ex-parte oleh mangsa itu sendiri atau peguam mangsa dan bagi kes jika mangsa itu ialah seorang kanak-kanak atau dewasa yang tidak berkeupayaan, pemohon boleh

daripada penjaga mangsa, saudara mangsa atau orang yang bertanggungjawab bagi menjaga mangsa (kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak berkeupayaan), atau seorang pegawai kebajikan masyarakat selain Pegawai Kebajikan Masyarakat Diberi

Kuasa (PKMDBK).

Masyarakat perlu ambil tahu apakah perintah yang terkandung dalam dalam Perintah Perlindungan Sementara (EPO) ini. Perintah yang boleh dikeluarkan dalam Perintah Perlindungan Sementara adalah seperti Seksyen 3A(7) iaitu:

(a) menghalang pelaku melakukan keganasan rumah tangga ke atas mangsa;

(b) melarang pelaku menghasut orang lain untuk melakukan keganasan terhadap

mangsa;

(c) melarang pelaku dari memasuki tempat selamat, tempat berlindung, tempat kediaman, kediaman bersama atau kediaman alternatif mangsa. Seksyen 3A(4) menetapkan empat situasi di mana Perintah Perlindungan Kecemasan

(EPO) boleh dimohon yakni di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

(PKMD) yang:

(a) Mangsa tinggal

(b) Orang yang terhadapnya perlindungan itu diminta tinggal

(c) Keganasan rumahtangga yang dikatakan berlaku

(d) Mangsa itu ditempatkan buat sementara

Namun begitu, Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) ada tempoh hadnya. Ia sah selama tempoh tujuh hari dari tarikh pengeluaran perintah itu, dan berkuatkuasa apabila suatu salinan perintah itu disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah

itu dibuat mengikut seksyen 3B atau 3C Akta Keganasan Rumahtangga (Pindaan 2017) (Akta A1538).

Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521) telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia pada 1 Jun 1996. Jenayah keganasan yang dilakukan dalam rumahtangga kian meningkat sehingga menjadi penyakit sosial. Isu sosial ini boleh membawa kepada

keruntuhan masyarakat sekiranya tidak dibendung.

Pelaku tidak langsung menunjukkan rasa takut kepada sesiapapun atau simpati kepada mangsa yang rata-rata adalah keluarga terdekat pelaku. Jenayah keganasan rumahtangga yang semakin meningkat menyebabkan Akta Keganasan Rumahtangga 1994 dibuat beberapa pindaan kepada Akta Keganasan Rumahtangga (Pindaan 2017) (Akta A1538).

Apa jua Akta yang digubal adalah bertujuan menambahbaikan undang-undang yang memberi perhatian yang khusus dalam hal-hal keganasan rumahtangga dengan memperuntukan beberapa cara penyelesaian bagi kes-kes sedemikian.

Di negara yang lebih maju, sebarang perlakuan penderaan dan kezaliman dalam rumahtangga dilihat sebagai satu perkara serius yang menggugat keharmonian masyarakat dan ditangani secepat mungkin. Dalam banyak keadaan, pelaku yang disyaki

akan terus dibawa ke lokap sementara menunggu kes dibawa ke mahkamah.

Ini adalah kerana mereka mengambil pendekatan perjanjian yang ditandatangani melalui CEDAW atau Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita. Perjanjian CEDAW memperuntukkan bahawa mana-mana negara yang menandatangani perjanjian ini akan mengambil jalan sebaik mungkin untuk menjaga keselamatan wanita termasuklah isteri dan anak-anak, dalam keluarga dan juga di luar rumah.

Dengan sedikit peruntukan yang masih tidak diterima secara total kerana bertentangan dengan syariah, Malaysia secara umumnya adalah salah satu negara yang menandatangani triti ini.

Oleh itu selain daripada peruntukan yang bercanggah dengan syariah, peruntukan lain boleh dilaksanakan.

Di Malaysia, Mahkamah Syariah tidak mendengar kes jenayah penderaan keluarga kerana ia di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga dan juga Kanun Keseksaan yang terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil. Sekiranya terdapat permohonan, Mahkamah Syariah hanyalah mendengar dan memutuskan perkahwinan tersebut terbubar secara fasakh atau pun taklik atas alasan penderaan apabila difailkan mangsa.

Disanding kata, biarpun Mahkamah Syariah tidak boleh mendengar kes jenayah dera di bawah Kanun Keseksaan, ia masih boleh mengeluarkan ‘perintah injunksi’ iaitu ‘perintah tegahan’ terhadap pasangan daripada terus melakukan penderaan.

Perintah injunksi bermaksud perintah menegah mana-mana pihak yang dikhuatiri akan melakukan kezaliman atau penderaan terhadap pihak yang satu lagi berteraskan kepada maqasid al syariah iaitu prinsip menjaga nyawa individu.

Oleh itu, usaha menyelamatkan diri perlu dilakukan oleh mangsa. Mangsa sepatutnya membuat aduan di balai polis berhampiran dengan kadar segera terhadap penderaan yang dilakukan. Seterusnya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan

mohon laporan perubatan daripada doktor bertugas. Setiap foto atau laporan kecederaan atau sebarang tanda keganasan, penderaan atau kezaliman perlu disimpan sebagai bukti.

Pasangan yang lazim didera boleh menuntut perceraian menggunakan kaedah fasakh atau taklik atas alasan penderaan. Mangsa yang didera harus mencari noktah kepada penyiksaan ini.

Roos Niza Mohd Shariff merupakan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN