KUALA LUMPUR 24 Ogos – Rumah milik ibu bapa kepada anggota kumpulan Hujan iaitu AG Coco atau Mohd. Hezry Mohd Hafidz, 34, dilaporkan musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di kampung halamannya, di Alor Star, Kedah, kira-kira pukul 5 pagi tadi.
![]() |
|
MOHD. HEZRY MOHD. HAFIDZ
|
Noh Salleh selaku vokalis Hujan menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan kepada umum tentang musibah yang menimpa pemuzik berkenaan, malah turut memberitahu bahawa kedua-dua orang tua AG berada dalam keadaan selamat.
Biarpun sedang mengikuti misi kemanusiaan di Syria bersama-sama isterinya, Mizz Nina bersempena sambutan Aidiladha, penyanyi popular tersebut berdoa agar segala urusan rakan baiknya itu dipermudahkan.
Dia juga merancang untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga AG sebaik pulang ke tanah air kelak. – UTUSAN ONLINE











