Kedai serbaneka musnah dalam kebakaran di Sikamat - Utusan Malaysia

Kedai serbaneka musnah dalam kebakaran di Sikamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Sebuah kedai serbaneka di Taman Bukit Coral, Sikamat di sini musnah dalam kebakaran, petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 1.20 petang ketika sejumlah pelanggan membeli-belah di situ.

Menurutnya, seramai 30 anggota bomba diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran membabitkan empat unit premis milik kedai serbaneka berkenaan. Kejadian bermula dengan kepulan asap tebal menyelubungi keempat-empat unit kedai sebelum api marak membakar keseluruhan premis.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan segera dan bomba mengambil masa kira-kira satu jam bagi mengawal api darripada terus merebak ke premis lain,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau operasi pemadaman itu hari ini.

Norazam memaklumkan, dua unit kedai musnah 100 peratus, manakala baki dua lagi rosak 50 peratus.

Katanya, kesemua barang jualan di kedai serbaneka itu tidak dapat diselamatkan.

“Siasatan awal mendapati kebakaran bermula di unit kedai bahagian tengah iaitu di belakang premis. Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak membabitkan kemalangan jiwa,” ujarnya.

Tambahnya, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini