Kedah juga tidak maju - Utusan Malaysia

Kedah juga tidak maju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
susulan pembatalan (atau penangguhan) projek ECRL, ramai warga Pantai Timur ‘merajuk’ dan menuduh hanya Pantai Barat dan Utara Semenanjung sahaja yang dibela kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hakikatnya, dari Utara Perak hingga ke Perlis pun masih menunggu kemajuan seperti mana penduduk di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Pentadbiran Perdana Menteri keempat memang hanya menumpukan pembangunan di Lembah Klang dan sedikit limpahan di Selatan Johor.

Hanya Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat cuba menyamaratakan pembangunan negeri-negeri khususnya di Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, rakan-rakan di Pantai Timur janganlah merajuk. Nasib kita serupa. kita tunggu dan lihat sahaja apa perancangan kerajaan baharu untuk negeri-negeri di luar Lembah Klang kelak.

Jika tiada, luahkan perasaan melalui peti undi PRU-15.

RIDHUAN HASAN

Kuala Ketil, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini