BAIKI. Seramai 11 anggota Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membaiki kawasan pendaratan helikopter di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini. Ia melibatkan empat perkampungan Orang Asli iaitu di Pos Belatim, Pos Bihai, Pos Balar dan Pos Gob. Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM Subang, Selangor, Penguasa Bomba Cik Hamdan Hamzah berkata, program itu melibatkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Jabatan Meteorologi Malaysia. Katanya, kerja-kerja termasuk mengecat batu tanda bagi memudahkan penglihatan juruterbang.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya