PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semalam mengesahkan Tabung Amanah bagi keperluan pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mengalami kekurangan sebanyak RM19.4 bilion setakat 31 Mei 2018. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Mei 2018, pihaknya membuat tuntutan berjumlah RM82.9 bilion bagi keperluan pembayaran balik GST bagaimanapun jumlah penuh tidak dipindahkan ke dalam Tabung Amanah. “Jumlah tuntutan itu berdasarkan Borang GST-03 iaitu untuk bayaran balik GST yang difailkan ke dalam Sistem GST JKDM oleh pembayar cukai dan dilaporkan oleh JKDM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya