Kapal kargo bawa lebihan had muatan petrol ditahan - Utusan Malaysia

Kapal kargo bawa lebihan had muatan petrol ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Maritim Malaysia (APMM) Sandakan menahan sebuah kapal kargo disyaki membawa bekalan minyak petrol dan diesel melebihi had kuantiti yang dibenarkan berhampiran perairan Tanjung Pasir di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Operasi APMM Sandakan, Komander Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, dalam serbuan pukul 12.10 tengah hari itu, seorang tekong dan dua kru kapal rakyat tempatan berusia antara 48 hingga 67 tahun turut ditahan.

Menurut Mohd. Khairul Anuar, kapal kargo berkenaan membawa bekalan minyak dari daerah ini untuk dihantar ke resort di sekitar daerah Kinabatangan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati permit khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hanya membenarkan kargo berkenaan membawa muatan 1,200 liter petrol dan 400 leter diesel.

“Bagaimanapun, pihak kami telah menemui 14 tong drum berisi minyak diesel anggaran kira-kira 2,800 liter dan 17 tong drum berisi anggaran 3,400 liter minyak petrol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Khairulanuar berkata, kapal tersebut dibawa ke Jeti Zon Maritim untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN