SANDAKAN 22 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal kargo yang disyaki membawa bekalan minyak petrol dan diesel melebih had kuantiti yang dibenarkan berhampiran perairan Tanjung Pasir, di sini, semalam. Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, pihaknya turut menahan seorang tekong dan dua kru kapal berkenaan masing-masing rakyat tempatan berusia antara 48 hingga 67 tahun. Menurutnya, kapal kargo berkenaan…










