“SAYANGI MALAYSIAKU, sayangi Malaysia, satu suara laungkan Merdeka!” merupakan bait-bait lirik lagu Kita Punya Malaysia nyanyian kumpulan Bunkface yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Seperti mana rakyat Malaysia sentiasa teruja dengan lagu kemerdekaan, mereka termasuk penulis juga sentiasa ternanti tema Hari Kebangsaan pada saban tahun. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad usai mesyuarat kabinet pada 30 Mei lalu telah mengumumkan “Sayangi Malaysiaku” adalah tema rasmi yang…










