KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengkaji semula rancangan untuk melaksanakan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Ketereh dan Tanah Merah, Kelantan.
![]() |
|
Rina Harun
|
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun berkata, pihaknya perlu mengkaji semula pembinaan dua MRSM tersebut dan hanya akan dilaksanakan mengikut kedudukan kewangan negara.
“Dalam perancangan memang ada 2 MRSM yang telah (dirancang pembinaannya) di Ketereh dan Tanah Merah, Kelantan. Itu disekat dan dikaji.
“Namun, insya-Allah ia akan dilaksanakan mengikut keadaan kewangan negara semasa,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang meminta kerajaan menjelaskan tentang status pembinaan dua MRSM tersebut dan MRSM berbayar. – UTUSAN ONLINE












