Kaji cadangan penambahbaikan OSA, Akta Kebebasan Maklumat - Utusan Malaysia

Kaji cadangan penambahbaikan OSA, Akta Kebebasan Maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Segala pandangan berhubung penambahbaikan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan Akta Kebebasan Maklumat akan dikaji terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Parlimen.

Memuatkan artikel berkaitan…
LIEW VUI KEONG
LIEW VUI KEONG

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, pihaknya memerlukan masa kira-kira 12 bulan dari sekarang untuk mendapatkan pandangan daripada semua kementerian terlibat sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Kami akan meneliti semua cadangan dan pandangan daripada pelbagai kementerian dan kami juga akan duduk berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan.

“Oleh itu, kita perlu mengkaji untuk melihat perkara ini secara lebih mendalam, sama ada boleh menggabungkan akta tersebut atau sebaliknya. Apa-apa pun ia masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini