BAITULMUQADDIS 24 Ogos- Seorang jururawat pertubuhan perubatan Doctors Without Borders (MSF) ditembak tentera Israel di sempadan Gaza minggu ini. “MSF mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya, Hani Mohammed Almajdalawi, terbunuh di Gaza pada Isnin lalu, 20 Ogos,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan. Jelas pertubuhan itu lagi, MSF berusaha untuk mengesahkan dan memahami insiden yang sangat serius ini, dan tidak dapat mengulas lagi pada peringkat ini. Sementara itu, COGAT, badan kementerian…










