BEBERAPA bulan lepas ketika penulis sampai di sebuah persimpangan lampu isyarat di Tambun, Ipoh, berlaku satu peristiwa yang menunjukkan betapa parahnya adab sopan golongan muda di jalan raya. Seorang pemuda yang memandu kereta Kancil pada hemat penulis telah melakukan kesalahan lalu lintas dan kesalahan itu turut melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki berbadan sasa. Mungkin tiada kerosakan dan kecederaan berlaku tetapi imej perlakuan yang ditunjukkan…










