Jumlah bayaran subsidi jemaah haji muassasah Malaysia kekal tahun depan - Utusan Malaysia

Jumlah bayaran subsidi jemaah haji muassasah Malaysia kekal tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH – Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa jumlah bayaran subsidi bagi jemaah haji muassasah Tabung Haji (TH) yang menunaikan haji akan dikekalkan seperti tahun ini untuk musim haji tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, sesuai dengan asas penubuhan TH untuk memberi khidmat dan memudah cara umat Islam Malaysia menunaikan rukun Islam kelima itu, kerajaan akan memastikan para jemaah tidak akan terbeban oleh kos menunaikan haji.

“Kita subsidikan setiap jemaah haji kita sebenarnya lebih daripada jumlah yang dibayar oleh mereka. Mereka cuma bayar RM9,980 manakala yang kerajaan subsidikan lebih kurang RM12,000 bagi setiap jemaah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga ada membincangkan sama ada pelan-pelan baik pulih (bagi pengurusan haji) yang telah dijalankan akan membabitkan penambahan kos dan seterusnya membebankan kita. Namun saya diberitahu setiap penambahbaikan tidak akan melibatkan kos yang tinggi untuk para jemaah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berharap sektor perniagaan TH dapat berkembang pada masa akan datang dan mendatangkan pulangan yang lebih tinggi kepada syarikat dalam usaha untuk terus menampung subsidi jemaah haji Malaysia. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN