KUALA LUMPUR 28 Ogos – Juara 33 kali, Selangor menjadi pasukan pertama tersingkir daripada Piala Malaysia musim ini setelah tewas 1-2 kepada Sabah di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. Lebih perit, Gergasi Merah Kuning itu mengalami kekalahan keempat berturut-turut sekali gus masih gagal meraih sebarang mata selepas empat perlawanan dalam kumpulan D dengan menghuni tangga tercorot. Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Selangor yang terdesak mencari kemenangan dikejutkan dengan jaringan…










