SHAH ALAM 16 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan warga Indonesia, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong untuk membela diri atas pertuduhan membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam, Februari tahun lalu.
Hakim Datuk Azmi Ariffin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Kedua-dua wanita itu didakwa atas tuduhan membunuh Jong-nam,45, bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, KLIA2, Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pertuduhan terhadap kedua-dua wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE











