JAKARTA 28 Ogos – Indonesia menamatkan kemarau pingat emas dari acara badminton individu apabila pemainnya, Jonatan Christie berjaya mengalahkan pemain Taiwan, Chou Tienchen, di Stadium Istora, Gelora Bung Karno, hari ini. Jonatan, 20, yang terdahulu mengalahkan juara dunia, Kento Momota dari Jepun pada peringkat 16 terbaik, menewaskan Tienchen 21-18, 20-22, 21-15. Kali terakhir Indonesia memenangi pingat dalam cara ini adalah pada tahun 2006 menerusi Taufik Hidayat. – REUTERS










