KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan memilih Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan. Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, Johari merupakan Timbalan Ketua Whip PKR dari tahun 2008 sehingga 2013 sebelum menjadi Ketua Whip PKR dari tahun 2013 sehingga 2018. Johari juga pernah menjawat pegawai kanan kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun, Kedah…