KUALA LUMPUR 1 Ogos – Walaupun hanya membuat penampilan sulung dalam Kejohanan Dunia, Goh Jin Wei langsung tidak menunjukkan rasa gemuruh ketika mengejutkan pilihan ke-14, Aya Ohori dari Jepun untuk mara ke pusingan ketiga di Nanjing, China hari ini. Selain Jin Wei, edisi ke-24 Kejohanan Badminton Dunia turut menyaksikan peningkatan pasangan muda, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mengejutkan pilihan ke-12 dari Taiwan, Lee Jhe-Huei-Lee Yang 16-21, 21-18, 21-19 dalam beregu…










