Jerebu: Orang ramai dinasihat banyak minum air - Utusan Malaysia

Jerebu: Orang ramai dinasihat banyak minum air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang menasihatkan orang ramai  supaya bertenang dan mengambil lebih minuman berikutan keadaan berjerebu di sini sekarang.

Setakat 3 petang ini, dua stesen di pulau ini mencatat bacaan Indeks Kecemaran Udara  (API)  47 dan 42 masing-masing di Balik Pulau dan USM, sementara tahap API sederhana dicatat di Seberang Jaya (52) dan Perai (54).

Dalam kenyataan akhbar hari ini, anggota exco bagi Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Dr Afif Bahardin berkata orang ramai tidak perlu panik tentang jerebu tersebut dan bagi  kebanyakan kes mereka boleh meneruskan aktiviti luar rumah dengan selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi individu sihat, pendedahan beberapa hari kepada keadaan berjerebu tidak menyebabkan masalah kesihatan serius kecuali radang mata, hidung dan kerongkong,” katanya.

Dr. Afif menasihatkan mereka yang menghidap penyakit kronik dan respiratori agar mempunyai ubat  sepanjang masa. 

Beliau juga mengingatkan mereka yang merasa kurang sihat, khususnya orang tua dan kanak-kanak, dan mereka yang menghidap penyakit jantung atau paru-paru kronik, mendapatkan rawatan perubatan dengan  segera. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN