Jepun sekat kemaraan Malaysia - Utusan Malaysia

Jepun sekat kemaraan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKASI, Indonesia – Impian skuad bawah 23 (B-23) negara untuk mencipta kejutan ke atas pasukan gergasi Asia, Jepun dalam aksi pusingan kedua temasya Sukan Asia 2018 tidak kesampaian selepas tewas tipis 0-1 di Stadium Patriot Candrabhaga sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada perlawanan tersebut, skuad negara terlebih dahulu mengancam pasukan lawan dengan meraih peluang seawal minit ke-11 tetapi percubaan Safawi Rasid sedikit melepasi palang gol.

Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu terus mengasak dengan meraih peluang kedua hasil rembatan kapten pasukan negara, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 tetapi berjaya ditepis penjaga gol Jepun, Kojima Ryosuke.

Serangan terbaik Jepun hadir pada minit ke-34 hasil tendangan penyerang, Reo Hatate namun kecekapan penjaga gol negara, Haziq Nadzli berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

Tempo permainan pada babak kedua dikuasai oleh skuad negara yang melakukan lebih banyak asakan ke kubu Samurai Biru itu.

Peluang terbaik diperoleh menerui Safawi yang mempunyai peluang berganda dalam tempoh dua minit namun rembatannya sekadar menggegar palang Jepun.

Malang terus menimpa skuad muda Harimau Malaya apabila pengadil dari Iran, Heidari Bijan menghadiahkan sepakan penalti kepada Jepun pada minit ke-89 selepas kekasaran yang dilakukan oleh Dominic Tan ke atas Ayase Ueda.

Ueda kemudian tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan sepakan tersebut sekaligus memastikan pasukannya mara ke peringkat suku akhir.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meletakkan sasaran untuk skuad negara melayakkan diri sekurang-kurangnya ke pentas suku akhir pada temasya sukan kedua terbesar dunia ini. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini