TOKYO – Jepun merancang untuk bekerjasama dengan China dan negara ASEAN dalam menangani isu sisa plastik yang dibuang ke laut, demikian menurut pegawai Kementerian Alam Sekitar lapor Jiji Press. Kementerian juga bercadang memohon peruntukan ratusan juta yen di bawah belanjawan tahun fiskal bermula pada April 2019 untuk menampung kos pelaksanaannya. Kebanyakan sisa plastik datang dari negara membangun. Ia termasuk dari negara perindustrian G7 termasuk Jepun yang menyumbang dua peratus daripada jumlah keseluruhan, menurut beberapa kajian dijalankan antaranya oleh profesor…










