Jentera Mercedes makin kompetitif - Utusan Malaysia

Jentera Mercedes makin kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff yakin bahawa Silver Arrows mampu beraksi lebih kompetitif dalam keadaan litar bersuhu tinggi biarpun hasil perlumbaan selama bertahun-tahun membuktikan sebaliknya.

Wolff mengakui keyakinan itu wujud setelah menyaksikan pemandunya, Lewis Hamilton mendominasi kemenangan pada Grand Prix (GP) Hungary dalam perlumbaan di litar bersuhu tinggi di Hungaroring bulan lalu.

Menurutnya, kejayaan pelumba Bri­tain tersebut yang me­ninggalkan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel di belakang dengan jarak masa 17.123 saat membuktikan jentera Formula Satu (F1) mereka sudah mampu menyesuaikan diri de­ngan suhu tinggi di litar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan angin juga memainkan peranan besar, namun kadang­kala berlaku sedikit perkara di luar jangkaan ketika bersaing apabila tayar berfungsi dengan baik tetapi perkara lain pula tidak menjadi.

“Banyak lagi data yang perlu kami kumpulkan dan teliti. Bagaimanapun, kami tidak boleh mengelak daripada rasa teruja dengan kemenangan di Litar Hungaroring yang bersuhu 60 darjah Celsius.

“Kami tidak jangka perkara itu mampu dilakukan. Kini, saya yakin bahawa kami telah memahami lebih banyak perkara mengenai jentera dan mampu menjadikannya lebih kompetitif pada perlumbaan bersuhu tinggi,” katanya.

Hamilton akan tampil pada GP Belgium, 26 Ogos ini sebagai pendahulu kedudukan pemandu dengan jurang mata sebanyak 24 mata berbanding pencabar terdekat, Vettel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN