BACHOK 21 Ogos – Jenazah tiga beradik, yang maut selepas kenderaan dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang dekat Padang Tengku, Pahang, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keluat, Beris Kubur Besar di sini, awal pagi tadi. Jenazah Mimi Suziana Mohamed, 39, Norfasmida, 24, dan Ahmad Faris, 16, dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 3.40 pagi tadi. Turut maut ialah rakan Norfasmida, Nur Farah Farahainsah Jaafar, 21, dari Kampung Tok Sidi, Meranti, Pasir Mas, Kelantan yang juga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya