Jenayah ekonomi di Malaysia semakin meningkat  - Utusan Malaysia

Jenayah ekonomi di Malaysia semakin meningkat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jenayah ekonomi di Malaysia telah meningkat sejak dua tahun lalu, sejajar dengan trend global, menurut Kajian Jenayah Ekonomi dan Penipuan Global 2018 oleh PwC.

Sebanyak 41 peratus daripaa responden telah mengalami jenayah seperti itu berbanding 28 peratus pada tahun 2016, kata PwC dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa organisasi masih tidak mengambil langkah mencukupi untuk melindungi diri mereka daripada penipuan.

Tingkah laku dan salah laku perniagaan mengambil tempat teratas dalam tinjauan pendapat (45 peratus daripada responden), mengatasi penyelewengan aset (41 peratus) dan rasuah (35 peratus) sebagai jenayah ekonomi yang paling meluas di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Organisasi merasa tekanan untuk menghapuskan penipuan di peringkat tertinggi terutama dengan kemerosotan toleransi awam untuk rasuah. Kami percaya mereka boleh mula dengan menangani punca masalah: budaya organisasi,” kata Rakan Urusan PwC Malaysia, Sridharan Nair.

Dalam kenyataan itu, PwC berkata, berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei lalu tumpuan untuk menangani rasuah dijangka meningkat di bawah kerajaan baharu.

Kajian Jenayah Ekonomi dan Penipuan  2018 diselesaikan oleh 7,228 responden dari 123 wilayah termasuk 124 responden dari Malaysia. Kajian pendapat itu dijalankan mulai 21 Jun hingga 28 September 2017.

Responden Malaysia mewakili sebanyak 19 industri dan lebih separuh daripada mereka adalah dari syarikat awam yang disenarai.

Sridharan berkata, adalah menggalakkan bahawa 75 peratus daripada responden mempunyai etika perniagaan formal serta program pematuhan dan ini menunjukkan bahawa perubahan dari dalam harus menjadi bahan aktif dalam penyelesaian terhadap penipuan dan jenayah ekonomi.

“Bagaimanapun untuk langkah-langkah sedemikian berkesan, eksekutif sendiri harus menggalakkan pekerja untuk bersuara dan melaporkan tingkah laku yang tidak jujur tanpa rasa takut,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini