PASIR PUTEH 16 Ogos – Program Kembara Ilmu Jelajah Pondok Malaysia-Thailand anjuran pengurusan Masjid Permatang Sungkai, dekat sini, memberi pendedahan dan ilmu berkaitan usaha meningkatkan syiar Islam dalam skop yang lebih global. Ketua Program berkenaan, Azmi Husin berkata, sebanyak 30 anggota kariah masjid tersebut meluangkan masa selama empat hari baru-baru ini menjelajah beberapa buah pondok sekitar negeri Kedah dan selatan Thailand. Beliau berkata, program tersebut bertujuan memberi pendedahan, pengalaman dan…










