MELAKA 4 Ogos – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan terus mengadakan kerjasama dengan semua pemilik bangunan-bangunan warisan di negara ini yang mengubah suai premis untuk dijadikan tempat penginapan seperti hotel bajet supaya mematuhi peraturan dan langkah keselamatan ditetapkan. Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid berkata, dua perkara penting yang akan diberi penekanan terhadap pemilik bangunan warisan adalah kaedah penyelamatan diri ketika berlaku kebakaran dan langkah-langkah untuk mengesan kebakaran…









