KOTA BHARU 13 Ogos – Kerajaan Pas Kelantan menyifatkan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan) sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NG0) yang mempunyai agenda tersembunyi berhubung dakwaan kononnya berlaku pencerobohan tanah masyarakat Orang Asli di Gua Musang. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Jaringan juga bukan sebuah NGO berdaftar yang sering mendakwa mereka sebagai pertubuhan mewakili masyarakat Orang Asli. “Masalahnya sekarang bukan dengan semua Orang Asli, yang bising-bising ni Jaringan. Sudahlah tidak berdaftar selepas itu mendakwa mewakili Orang Asli. “Berapa ramai Orang Asli yang bersama dengan mereka?…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya