Janji 100 hari retorik PH - Utusan Malaysia

Janji 100 hari retorik PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Pas secara keseluruhan melihat pelaksanaan 10 janji dalam tempoh 100 hari pemerintahan yang dicanangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekadar retorik populis untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mendakwa, janji-janji berkenaan juga tidak menunjukkan sebarang hasil yang membanggakan.

Sebaliknya, ujar beliau, lebih banyak isu lain dibangkitkan terutama melibatkan kepentingan umat Islam yang gagal diuruskan dengan baik.

“Sebagai contoh, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dan Cukai Perkhidmatan 2018 serta memansuhkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 pada minggu lalu. Namun, perkara itu belum tentu boleh kurangkan kos sara hidup rakyat.

“Berdasarkan beberapa simulasi yang ditunjukkan dalam pelbagai kes seperti jualan harga kereta, pertukaran GST (cukai barang dan perkhidmatan) kepada SST (cukai jualan dan perkhidmatan) 2.0 akan meningkatkan lagi kos harga jualan. Malah, tempoh cuti cukai selama tiga bulan tidak mampu mengurangkan secara signifikan Indeks Persepsi Pengguna (CPI) terutama pada bulan Jun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN