KUALA NERUS 27 Ogos – Kehadiran mikrofungi dikesan semakin meningkat di kawasan-kawasan persarangan penyu dan juga di pusat-pusat penetasan di negara ini yang menyukarkan lagi proses pemuliharaan spesies terancam ini. Serangan jangkitan kulat ini terutama di kawasan-kawasan yang agak ‘sesak’ dan banyak tumbuhan menyumbang kepada lebih banyak faktor permasalahan sedia ada yang menjejaskan lagi kadar keberhasilan penetasan telur penyu. Penularan mikrofungi ini yang membimbangkan telah mendapat perhatian para penyelidik termasuk…










