JAKARTA 21 Ogos – Skuad bola sepak bawah 23 tahun negara bersedia untuk mencipta satu lagi kejutan dalam kempen Sukan Asia sekali gus mencapai sasaran suku akhir yang diletakkan. Malaysia akan bertemu pasukan pilihan Jepun dalam pusingan kedua Jumaat ini dengan reputasi tinggi selepas menundukkan juara bertahan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan kedua peringkat awal. Walau pun kemudiannya tewas 2-3 kepada Bahrain dalam perlawanan terakhir Kumpulan E, namun anak-anak didik…










