Jangan buat alasan jika harga barang naik - Utusan Malaysia

Jangan buat alasan jika harga barang naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Kementerian Kewangan perlu memastikan tidak wujud sebarang alasan lain sekiranya harga barang terus meningkat apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Dewan Negara, Senator Khairul Azwan Harun berkata, pada tempoh tersebut, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh sama sekali menggunakan faktor minyak antarabangsa atau kos meningkat yang menyebabkan berlaku kenaikan harga barang.

Jelas beliau, dua faktor tersebut adalah punca utama kenaikan harga barang yang berlaku ketika pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) dahulu.

“Rakyat tidak sanggup lagi dan mahu mendengar dengan semua ini walaupun ketelusan adalah melalui sistem GST berbanding SST.

“Tidak mengapa, kita terima sebab mandat rakyat kepada PH, tetapi jangan apabila barang meningkat kelak, diguna pakai semula kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dalam sidang Dewan Negara, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN