KUALA LUMPUR 8 Ogos – Cinta tiga segi antara Shah, Fika dan Husna menerusi drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 telah mencetuskan fenomena. Lakonan hebat Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun ini berjaya memberi kesan yang mendalam sehingga mempengaruhi emosi para penonton. Watak Husna yang dilakonkan oleh Niena menjadi watak yang paling banyak menerima kritikan, sehingga pelakon itu sendiri menerima cacian dan ugutan daripada warganet…










