JURULATIH Negeri Sembilan, Mario Lemos menegaskan kepada pemain-pemainnya agar lebih serius untuk berdepan saingan Piala Cabaran yang dianjurkan buat pertama kali pada Liga Malaysia (Liga M) bagi mengubati kekecewaan tersingkir ke Liga Premier musim depan. Skuad Hobin Jang Hobin yang menduduki kedudukan tercorot Liga Super musim ini bakal berentap dengan enam pasukan Liga Premier yang terlepas saingan Piala Malaysia, manakala satu lagi slot diisi pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA)…

 
								 
											









