Jabatan Imigresen berjaya tumpas kegiatan lapan pusat urut batin di Muar - Utusan Malaysia

Jabatan Imigresen berjaya tumpas kegiatan lapan pusat urut batin di Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan kegiatan lapan buah pusat urut yang menawarkan pakej urutan batin oleh wanita warga asing tanpa izin menerusi Ops Mega 3.0 di sekitar Jalan Bakri, Muar, Johor kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, siasatan awal mendapati semua premis urut tersebut menawarkan pakej urutan badan bersama urutan batin dengan harga antaa RM100 hingga RM150. 

“Pemeriksaan juga dijalankan terhadap tempat tinggal di tingkat atas premis yang sama dan risikan awal mendapati wanita-wanita yang bekerja sebagai tukang urut ini menunggu di tingkat atas rumah kedai. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila pelanggan telah bersetuju barulah penjaga premis memanggil wanita-wanita ini untuk pelanggan membuat pilihan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Operasi tersebut dilaksanakan oleh Unit Operasi Khas (QRT), Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa, Jabatan Imigresen bersama Unit Penguat Kuasa Imigresen Muar, Johor yang membabitkan keseluruhan 21 anggota penguat kuasa.

Mustafar berkata, hasil pemeriksaan telah berjaya menahan seramai 24 wanita dan tiga lelaki yang terdiri daripada 15 wanita warganegara Thailand, enam wanita dan dua lelaki warganegara Vietnam, dua wanita dan satu lelaki warganegara China serta seorang wanita warganegara Myanmar.

Turut ditahan 5 orang lelaki dan serorang wanita warganegara Malaysia yang dipercayai merupakan pemilik, penyelia dan juga juruwang bagi premis pusat urut tersebut. Dokumen dan lesen perniagaan juga dirampas oleh anggota serbuan bagi membantu siasatan.  

“Antara kesalahan yang disyaki ialah melanggar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen. Siasatan dilakukan atas kesalahan mengikut, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” ujar beliau.

Kesemua tahanan tersebut ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Johor untuk siasatan dan tindakan susulan. – K!  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN