KUALA LUMPUR – Penaja tanah lot banglo untuk tiga pemenang Gegar Vaganza 4 (GV4), Datuk Seri Mohd. Amir Mohd. Esa menyanggah dakwaan yang mengatakan pihaknya tidak serius dalam menyelenggarakan hadiah-hadiah yang telah ditawarkan. Amir yang juga vokalis kumpulan Pearl itu berkata, beliau kini sedang cuba sedaya upaya untuk mempercepatkan proses pemberian hadiah seperti dijanjikan tahun lalu. “Proses menjadi lambat kerana pihak syarikat kami, Bina Megah Empire menghadapi sedikit masalah dalaman.…










