JOHOR BAHRU 28 Ogos – UMNO Johor tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya kerajaan negeri ingin merampas kembali tanah kurniaan kepada parti tersebut, jika tindakan itu wajar dan berasas. HASNI MOHAMMAD Bagaimanapun, tegas Pengerusinya, Datuk Ir. Hasni Mohammad, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian perlu mempamerkan ketelusan dan keadilan perkara itu dan bukan disasarkan kepada UMNO Johor sahaja. Beliau berkata, tindakan sama perlu dikenakan kepada semua pihak…









