BAITULMUQADDIS 27 Ogos – Israel sedang membina sebuah sistem peluru berpandu baharu yang mampu sampai ke mana-mana sasaran di Asia Barat, kata Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut beliau, pengeluar senjata milik Israel, Israel Military Industries (IMI) akan menyiapkan sistem integrasi termaju `dalam tempoh beberapa tahun lagi’ yang `mampu melakukan sasaran tepat menggunakan pelancaran alat kawalan jauh’.
Menurut Lieberman, kontrak dengan IMI itu dikatakan bernilai `ratusan juta shekel’.
“Projek untuk membina roket dan sistem peluru berpandu sedang dilaksanakan, sebahagiannya telah memasuki peringkat pengeluaran dan sebahagian lagi dalam fasa terakhir penyelidikan dan pembangunan,’’ kata beliau dalam satu kenyataan. – AFP











