IPU di seluruh Sarawak pada paras sederhana - Utusan Malaysia

IPU di seluruh Sarawak pada paras sederhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 21 Ogos – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi seluruh kawasan di Sarawak berada di paras sederhana ketika ini. Berdasarkan laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat pukul 12 tengah hari tadi bacaan IPU di seluruh kawasan di sini mencatatkan bacaan antara 54 hingga 95. Kuching mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 95 diikuti Samarahan dengan 90 yang menghampir paras tidak sihat. Bagi kawasan Limbang pula mencatatkan bacaan IPU terendah iaitu 54 diikuti Kapit sebanyak 55 buat masa ini. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN