IPD Gombak perangi Aedes - Utusan Malaysia

IPD Gombak perangi Aedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Sebanyak 150 anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak terlibat dalam Program Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes 2018 peringkat daerah hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam program yang bermula pada pukul 3 petang itu, semua anggota terlibat membersihkan kawasan sekitar IPD Gombak yang dikenal pasti boleh menjadi sarang nyamuk aedes.

Ketua Polis Daerahnya, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, aktiviti ini diadakan sempena menyahut seruan Kementerian Kesihatan dalam memerangi wabak denggi.

“Gotong-royong ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat kerjasama dalam kalangan warga polis IPD Gombak,” katanya ketika ditemui hari ini.

Samsor juga mengucapkan terima kasih kepada agensi yang membantu IPD Gombak bagi menjayakan program tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN