KUALA LUMPUR 18 Ogos – Hanya satu kawasan iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dengan bacaan 203, setakat 10 pagi ini. Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan sederhana kecuali di Kangar, Perlis; di Langkawi dan Alor Setar, Kedah dan di Tawau, Sabah yang mencatatkan IPU baik. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai…










