PETALING JAYA 16 Ogos – Penyanyi lagu Bismillah, Ikhwan Fatanna, 28, tidak menepis dakwaan wujud salah faham antaranya dengan Haqiem Rusli, 20, berhubung hak penciptaan lagu Jatuh Bangun yang dinyanyikan remaja berkenaan bersama Aman Ra. Menurut Ikhwan atau nama penuhnya Ikhwan Fatanna Mokhtar, perselisihan faham berlaku apabila video muzik lagu berkenaan yang dimuat naik di laman Youtube tidak meletakkan namanya dan seorang lagi komposer iaitu Omar K selaku pencipta lagu…