JAKARTA – Penjaga gol skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia Mohd Ifwat Akmal Che Kassim bersedia sekiranya diturunkan pada pertembungan aksi kalah mati acara bola sepak Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang berdepan Jepun, Jumaat ini. Pemain berusia 21 tahun itu berkata, siapa pun yang dipilih ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee pada perlawanan itu nanti tidak penting, sebaliknya setiap pemain perlu menunjukkan semangat juang tinggi dan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang 90…