HSR: Malaysia, Singapura hampir capai kata sepakat - Utusan Malaysia

HSR: Malaysia, Singapura hampir capai kata sepakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Malaysia dan Singapura hampir mencapai kata sepakat berhubung projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

MOHAMED AZMIN ALI
MOHAMED AZMIN ALI

Dalam catatan menerusi Twitter, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan yang telah diadakan antara beliau dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan semakin membuahkan hasil.

“Perbincangan lanjut dengan Menteri Khaw (Boon Wan). Kami semakin hampir mencapai perjanjian menang-menang mengenai HSR.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih kepada semua pegawai daripada kedua-dua belah pihak yang telah berusaha keras,” katanya.

Mohamed Azmin yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Singapura sejak semalam turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar republik itu, Dr. Vivian Balakrishnan dan Menteri Perdagangan dan Industri, Chan Chun Sing, hari ini mengenai pengukuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, projek HSR yang menelan belanja kira-kira RM100 bilion itu berkemungkinan ditangguhkan disebabkan kedudukan kewangan negara yang semakin meruncing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini