PULAU PINANG 31 Ogos – Hospital Pulau Pinang (HPP) mencatatkan kelahiran enam orang bayi sempena sambutan Hari Kebangsaan antara pukul 2 hingga 9 pagi tadi. Penyelia Jururawat Wad Bersalin HPP, Sek Shoa Chio berkata, daripada jumlah berkenaan, masing-masing tiga bayi lelaki dan perempuan. Katanya, empat bayi berketurunan Melayu diikuti seorang Cina. “ Seorang lagi pula ayahnya seorang rakyat Malaysia berketurunan India manakala ibunya berasal daripada Indonesia,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya