Hospital Besut dan Dungun disasar naik taraf hospital pakar - Utusan Malaysia

Hospital Besut dan Dungun disasar naik taraf hospital pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menyasarkan untuk menaik taraf Hospital Besut dan Dungun kepada status hospital pakar bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perubatan di daerah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohamad Omar, terdapat beberapa kriteria yang harus dipenuhi sebelum status dua hospital daerah itu dapat dinaik taraf.

“Bangunan baharu Hospital Dungun setakat ini sudah mencapai 70 peratus pembinaannya dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini manakala Hospital Besut pula sedang giat mempersiapkan peralatan, kemudahan perubatan serta jumlah kakitangan.

“Jika kedua-dua buah hospital itu berjaya mencapai taraf hospital pakar kelak, maka negeri Terengganu bakal mempunyai empat buah kesemuanya termasuk Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Kemaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas Pengarah Kesihatan Terengganu di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Mohamad yang menyandang jawatan tersebut sejak 1 Februari 2015 bakal menamatkan perkhidmatan berkuatkuasa esok dan menyerahkan tugas Pengarah Kesihatan negeri kepada Dr. Mohd. Jusoh.

Mohd. sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu sejak 16 April 2010. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini