WALAUPUN Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah melabuhkan tirai beberapa bulan lalu namun masih ramai terus membincangkan apa yang telah berlaku. Kegagalan Barisan Nasional (BN) buat pertama kali membentuk kerajaan mencetuskan pelbagai persoalan yang menarik untuk dikaji mahupun dibuat analisis secara terperinci. Antara isu hangat yang terus diperdebatkan baik oleh penganalisis politik mahupun orang ramai adalah berkaitan sentimen dan pola pengundian dalam kalangan generasi muda. Hal ini kerana semua pihak…










