JAKARTA 14 Ogos – Pendakwa raya di Indonesia memohon hukuman penjara selama 18 bulan terhadap seorang wanita yang dibicarakan kerana menghina Islam selepas dia mengadu tentang bunyi bising dari pembesar suara masjid. Defendan keturunan China, Meiliana, 44, ditahan pada 18 Mei kira-kira dua tahun lalu selepas kesnya mencetuskan rusuhan di Tanjung Balai, sebuah bandar pelabuhan di wilayah Sumatera Utara. Seorang jurucakap pejabat pendakwa raya tempatan, Sumanggar Siagian berkata, permintaan hukuman…










