KUALA LUMPUR 26 Ogos – Himpunan Pemandu Trak akan dijadikan sebagai acara tahunan dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negara untuk dijadikan sebagai acara bertaraf antarabangsa pada masa akan datang. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi berkata, himpunan unik yang menggabungkan 1,220 trak di pekarangan tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil itu diyakini akan menarik minat pelancong tempatan dan luar negara dan mampu mengetengahkan acara itu kepada masyarakat luar.…










