KUALA LUMPUR 3 Ogos – Kontinjen Malaysia kini kehilangan dua prospek pingat emas apabila ratu terjun negara Cheong Jun Hoong pula terpaksa menarik diri daripada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 ekoran kecederaan kronik pada lutut kirinya. Juara dunia itu dinasihatkan oleh Pengarah Bahagian Perubatan Sukan, Institut Sukan Negara (ISN) Dr. Arshad Puji agar berehat daripada menyertai sebarang kejohanan dan sesi latihan untuk tempoh antara enam hingga sembilan bulan. Insiden yang menimpa…










